DrPomen by MARK'S

Kemas kini: 22 September 2026 · Updated: 22 September 2026

BM EN

Dasar privasi

DrPomen ialah webapp tempahan servis kereta Perodua di bawah MARK'S. Halaman ini terangkan data apa kami simpan dan kenapa.

Data yang kami simpan

Sahkan WhatsApp

Untuk sahkan nombor, anda hantar kod MRP-xxxxxx ke nombor pengesahan kami melalui WhatsApp. Melalui WhatsApp Business Platform (Meta), kami terima nombor pengirim dan teks mesej itu sahaja. Kami guna untuk padankan kod dengan akaun anda. Kami tak balas mesej itu dan tak hantar mesej pemasaran.

Kegunaan data

Kami tak jual data anda. Kami tak kongsi dengan pengiklan.

Di mana disimpan

Data disimpan dalam Supabase (pangkalan data) dan Netlify (hosting), dengan kawalan akses ikut peranan. Emel dihantar melalui Gmail.

Padam data anda

Hubungi kami melalui WhatsApp di butang Hubungi kami dalam app (tab Profil), atau emel admin@drpomen.com. Beritahu emel akaun Google anda. Kami padam akaun dan data peribadi dalam 30 hari. Rekod bayaran mungkin disimpan lebih lama kalau undang-undang perlukan.

Hubungi

DrPomen by MARK'S · MARKS LEGACY & INNOVATION (202603252479) · Selangor, Malaysia · admin@drpomen.com